Saturday, July 27, 2013

La Taghdob ( Jangan Marah )

HADIS

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.


Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda:Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Assalamualaikum. Sekian lama tak update blog akibat kepenatan + kemalasan yang melanda... now, baru na menjenguk balik. Berhabuk jugak lha blog ni. ish3.. kesian.. Hari ni sudah 19 hari kita menyambut Ramadhan. Sekejap jea rasanye. Tak puas pulak. hee

Ha, post kali ni meh kite ceghite pasal marah. Marah ni kalau na ikutkan tergolong dalam nafsu. Bila nafsu marah menguasai diri, mula lha diri punn hilang kawalan sampai ada pernah jadi kes bunuh. Nauzubillah. Sangat hebat kesan nafsu marah ni kan.

Melalui hadis di atas, dapat kita lihat RAsulullah sendiri amat menggalakkan kita supaya JANGAN marah.. tapi kenapa Rasulullah menggalakkan kita supaya jangan marah ?? ha,, ni yang nak dikongsikan..

Marah ni datangnya daripada api. Macam yang kita tahu... Syaitan dijadikan daripada api. Maka marah ini datang daripada syaitan itu sendiri. So, api lawan dye air kann. Sebab itu lha kita selalu dinasihatkan ambil wudhu' bila tiap kali kita marah. kerana nescaya api kemarahan itu dapat diredakan dengan izin Allah. Tapi macam mana pula kalau kita still rasa marah. Ha, pergi tidur.. Eh, biar betul.. pergi tidur ?? Sebenarnya, tak semestinya kena pi tidur. Tidur ni just nak halang kita daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan kita atau hilang kawalan dalam diri kita.

Selain tidur, kita boleh juga memperbanyakkan doa dan berzikir dengan mengingati Allah. Selain kita dapat mengawal dan menghilangkan nafsu marah kita... pahala punn kita dapat. best kan ? tak susah pun na gain pahala ni. hee.

Ada jugak orang pernah cakap. kalau kita tengah marah ubah kedudukan kita.. kalau kita tengah berdiri, kita duduk. kalau kita tengah duduk, kita berbaring. in shaa Allah rasa marah itu akan hilang. ;)

Tapi kalau melibatkan agama kita, yakni mempertahankan hak2, menegakkan syiar Islam ataupun mencegah kemungkaran kita hendaklah marah dan menentang pihak tersebut. TETAPI jangan keterlaluan ye. kawal sikit. hihi. takut jadi lain pulak.

Itu sahaja lha perkongsian pada kali ni. harap memberi kebaikan kepada semua. salah silap harap dimaafi. =)


p/s : terdetik hati na berkongsi pasal marah ni sebab dapat info semasa kelas pengurusan dalam islam dan kelas bahasa arab. ;)