"Sayang,
sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi
mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa
kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia
temankan."
"Bukan
setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat!
Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh,
sweetnyeee..."
"Kenapa
sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak
macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan
honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
***
IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz,
boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang
couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar
sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak
sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm...
Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
***
PENONTON TERCENGANG! ***
"Oklah,
oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu
ke exclusive?"
"Exclusive
hape plak tu ustaz?"
"Ok
satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh,
mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah
terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe...
mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah,
takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye
dak?"
"Lagi
pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda
bukan-bukan pun... kan?"
"Err,
ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi
kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam
perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara
lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith
sahih,
Daripada
Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Di dalam
riwayat yang lain,
Daripada
Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah
seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad
yang sahih
Di dalam
surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Ayat
lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan
Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan
tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan
nabi."
"Para
sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil
langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan.
Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari
'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah
lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding
iman Aisyah".
"Berdua
pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun
tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'.
Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun
masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau
jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud
jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab?
Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina.
Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan
menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap
orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik
di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka
berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang
baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah
yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.'
Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah
ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal
'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas.
Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya,
merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa
ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk
'touch n go'".
Sudah
jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru.
Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan
tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi
shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah
keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa
dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu???
Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
"Even
dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di
mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana
maruah, hak exclusive seorang suami terhadap
isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki...
Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah
mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan...
Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang
paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan...
Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana
hakikat.
Lelaki
selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau
ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa
tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar
berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?
Dah bagi
kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju
longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
***
TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang
sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang
saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is
over secreted, help!!! )
***
TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah
rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya
namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah
menyebut didalam al-Quran,
35 : 24.
Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita
gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan
telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104.
Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka
barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri;
dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya
kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz,
lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin
tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah'
kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita,
jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
***
BLACKOUT, TUTUP TV ***
sumber : iluvislam :)
No comments:
Post a Comment