Thursday, March 6, 2014

Hablumminallah . Hablumminannas

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap pagi jangan lupa untuk bersyukur pada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup sebgai seorang muslim. 


Hari ni tajuk entry kita ialah Hablumminallah Hablumminannas. Kenapa tetiba hari ni nak kongsi pasal ni ? sebab aku rasa tak semua orang terpikir pasal ni. Sebelum kita cenghite panjang lebor kan mesti lha nak kena kongsi apa itu Hablumminallah ? apa itu hablumminannas ? 


 Hablumminallah ni maksud dye hubungan kita dengan Allah. manakala hablumminannas pula bermaksu hubungan kita sesama manusia. Sebenarnya kalau na diikutkan konteks sebenar, kita bkn shj perlu menjaga hubungan kita dgn Allah and hubungan kita sesama manusia but relationship between us and other creatures too.  contoh? tuu haiwan and tumbuhan. 


Hablumminallah. Apa yang kita paham dgn konsep ni ? actually senang jea. Macam yang kita tahu, manusia ni macam-macam kerenahnya. dalam dunia yg semakin moden ni ramai yang lupa tentang tanggungjawab mereka sebagai makhluk Allah. Dalam kita nak jaga hubungan kita dgn Allah, kita kena lha jaga ibadah kita kan? sebab apa ? sebab ibadah kita tuu lha yg menghubungkan kte dgn Pencipta kita Azza Wajalla. 


Tak lha aku nak cakap ibadah aku dah cukup. Manakan mau buat yg sunat sedangkan yg wajib punn wallahualam. Namun, aku cuba perbaiki hubungan aku dgn Allah kerna aku tahu kalau nak disibukkan dgn hal dunia... tak akan pernah habis. 


Hubungan dengan Allah ni adalah satu hubungan yg unik. yg mana tak sama dgn perhubungan lain. ia adalah hubungan ubudiah. seakrab mne punn hubungan kita sesama manusia pasti akan berakhir bila salah seorang 
tuu meninggal dunia. Namun hubungan kita dengan Allah SWT bermula semenjak di alam baqa, di dunia dan tidak putus walaupun manusia meninggalkan dunia fana ini. Bahkan akan berterusan sehingga ke alam akhirat dan tiada kesudahannya. 

Seterusnya, hablumminannas. Konsep ni yang selalu kita amek remeh. hubungan sesama manusia yg payah kita nak jaga dgn baik. sifat hasad dengki, sombong menyombong,  tidak berlaku jujur dan macam2 lgy sikap manusia sekarang yg buat hubungan sesama manusia itu tidak baik. dok 'anyam ketupat' , keji mengeji, kutuk mengutuk tuu dah biasa sangat dlm kehidupan kita ni. aku punn tak kecuali. selain tuu, sikap perkauman tuu buatkan kita makin jauh antara satu sama lain sampai kadang2 timbul persengketaan. Maka, macam mne nak rapatkan hubungan ini ? Cuba lha husnuzhon sesama sendiri. saling bantu menbantu. insha Allah hubungan sesama manusia tuu dapat dijaga dgn baik. 

"Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian, mereka memerlukan masyarakat utk menikmati kehidupan yg sempurna. Tapi dalam kita membina hubungan sesama manusia ni tetap ade batas yg perlu dijaga. Islam memaparkan batas2 yg tak sama ttg tanggungjawab antara muslim dgn muslim, dan antara muslim dgn yg bkn muslim dlm sesebuah masyarakat tuu. Sebab tuu Allah mewajibkan agar pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya. baik yg islam mahupun yg bkn islam. kezaliman dan penganiayaan sesama manusia ditolak dgn keras oleh Islam. 


Kadang2 tuu still ade yg tertanya-tanya apa pentingnya 2 konsep ni. Ironinya, kedua konsep ni sangat penting dlm kehidupan kita. Kadang-kadang ada manusia yang hanya menjaga hubungan mereka dengan Allah sahaja dengan mengabaikan hubungan dengan sesama manusia. Ada juga yang sebaliknya, mereka mengabaikan hubungan mereka dengan Allah tetapi mereka sibuk mencari reda manusia. Sebagai seorang muslim cemerlang, mereka perlu Ada kedua-dua perkara ini supaya mereka berjaya di dunia dan akhirat.Hablu minAllah Wa hablu MinanNas juga merupakan kunci kejayaan seseorang pelajar yang ingin berjaya di dalam kehidupan mereka. Selamat beramal.:)

No comments:

Post a Comment