Saturday, March 29, 2014

Love Letter From God : Al - Insyirah

Assalamualaikum .. 

Kabare ? Entry kali ni nak cerita salah satu surah dalam juz amma. Surah ke-94 dlm Al-Quran. Surah Al-Insyirah atau nama lain surah Asy-Syarh bermaksud "bukankah kami telah lapangkan". 





I really love this surah as it always comfort me. Fahami maksudnya, and seriously korang punn akan jatuh cinta dengan surah ni. Surah yang sangatttt deep. 

ayat yang aku pegang selama ni... 

 .فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Sesudah setiap kesulitan itu ada kemudahan ..


jom selongkar kelebihan surah ni. sebelum terlupa. meh sama2 baca tafsir surah al-insyirah ni. 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan : 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.



Dah nampak ? Indah kan Islam ? Bila kita ditimpa kesusahan, ditimpa kesedihan. baca lha surah al-insyirah. insha Allah hati akan tenang. menangis ? hanya akan buat kita lega sebentar. dalam hati still tak tenteram kan ? 

Ajaibnya, subhanallah. Dengan membaca surah ni jea dah boleh buat seri wajah kita nampak. anggun sentiasa insha Allah. tak payah nak susah membazir duit beli make up yang mahal tuu. 

Ada jea cara nak mengamalkan surah ni. Sambil membaca tuu, sapu lha pada anggota yang berkenaan. Contoh macam satu ayat tuu, sapu ke bahu kita. Alhamdulillah terasa ringan bahu kita. macam semua beban yang ditanggung hilang entah ke mana. Ajaib kan ? tak percaya ? cuba lha.

Tarik nafas sambil Membaca al fatihah, kemudian tiup (hembus nafas secara perlahan2 hingga habis nafas) pada tapak tangan dan sapu pada bahagian anggota badan yang dinyatakan..

ayat pertama : kelebihannya dapat melapangkan dada (sapu pada dada)

ayat kedua : dapat meringankan beban yang kita pikul (hadapi) (sapu pada kedua-dua bahu)

ayat ketiga : dapat menghilangkan malas dalam diri.. (sapu pada kedua2 pinggang)

ayat keempat : dapat menyerikan wajah dan menjadi hebat/unggul di pandangan orang.. (sapu pada muka)

Sampai ayat keempat sahaja.. Untuk ayat seterusnya tak jumpa pulak. Tapi sebetulnya, bersyukur lha pada Allah atas nikmat yang diberi. sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tak akan membebani hambaNya luar dari batas kesanggupannya. Husnuszhon lha selalu dengan Allah. Jangan meratapi masalah yang datang. Tapi hadapi lha dengan tenang dan penuh rasa rendah diri. :)

Perbetul niat kita dalam setiap apa yang dilakukan, semuanya adalah semata-mata kerana Allah SWT. Semoga istiqomah selalu. ;)




No comments:

Post a Comment